31 Jul 2013

Tarbiyah Itu Awesome




Sesungguhnya setiap ujian yang mendatang itu adalah tarbiyah dari Allah and I should be grateful that He still cares. Terima kasih ya Allah kerana masih sayang kepadaku. Kesakitan ini hanya sementara, in shaa Allah aku yakin aku mampu melawannya dan tidak akan menggunakan alasan sakit ini untuk tidak menghadiri kelas-kelasku. 

Someone used to remind me of something that I should always keep in my mind.

' Semua orang want to be in your position, but not everyone yang dapat such opportunity. So, jangan main-main bila belajar sebab kita dah dapat part orang lain yang struggle untuk dapatkan that position. '


Yes, I'm deeply struck by her words. I feel guilty because I don't think I have put enough efforts in my studying. Allah. :'(

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk istiqamah dalam belajar dan menjauhkan diri ini daripada kemalasan. Tipulah jika aku kata aku tak pernah timbul rasa malas untuk belajar, I did have such feeling and got carried away for many times. Tapi, siapa dan apa yang membuatkan aku sentiasa kembali? Allah dan ujian-ujianNya. Sungguh aku sayang kepada Allah. Dia tak pernah jemu memanggil aku untuk kembali kepada Nya meskipun banyak nikmatNya yang telah aku dustakan selama ini. :'(

Maka, ingatlah bahawa ujian Allah itu adalah tarbiyah dari Nya. Dan tarbiyah itu awesome. Ucapkanlah Alhamdulillah apabila diuji kerana sesungguhnya itu adalah tanda yang Allah masih sayang dan masih peduli akan diri kita. Takutlah apabila Allah sudah lagi tidak peduli. Nauzubillahuminzalik. 

Ingatan untuk diri sendiri. 


No comments:

Popular Posts